Sejarah

DARULFIKIR (000624088-H) adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang telah ditubuhkan dan mula menjalankan operasi perniagaannya pada 17 Februari 1984 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apa yang pada mulanya merupakan syarikat penjualan kitab Al Quran kini merupakan sebuah korporasi yang menjalankan perniagaan percetakan, penerbitan, pembelian dan penjualan bahan bacaan Islam yang berbagai jenis . Ianya telah didaftarkan pada 27 Februari 1984.

Syarikat ini turut diperbadankan atas nama DARULFIKIR SDN BHD pada 21 Mac 1989 bagi menjalankan aktiviti percetakan Al-Quran.

Syarikat DARULFIKIR PROPERTIES (M) SDN BHD telah diperbadankan pada 26 Januari 2005 dan merupakan badan induk kepada syarikat-syarikat kumpulan DARULFIKIR yang menaungi syarikat DARULFIKIR, DARULFIKIR PRINT SDN BHD, ZAHIR INTERNATIONAL (M) BHD, CLEAN SUPPORT SDN BHD dan MAS’ADAH (M) SDN BHD.